Malaysia telah melakar satu kejutan terbesar apabila telah membenam juara bertahan, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A untuk melangkah ke separuh akhir, semalam.
Ahmad Fakri Saarani menjadi pemusnah juara lapan kali berturut-turut SukanSEA mulai 1983. Thailand, yang tidak pernah gagal ke separuh akhir Sukan SEA sejak 36 tahun lalu, iaitu mulai Sukan SEA 1963, hampir menafikan hajat Malaysia untuk melangkah seterusnya memenangi pingat dan kali terakhir Malaysia memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA ialah 20 tahun lalu.
Kemenangan ini amat bermakna kepada peminat bola sepak tanah air khususnya dan rakyat Malaysia amnya semangat para pemain ini haruslah dipuji yang tetap tenang walaupun beraksi di bawah tekanan setelah ketinggalan. Kemenangan ini juga telah menyatukan semangat rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik.
Apa yang telah dicapai oleh pasukan Negara memang berbaloi dengan kesungguhan pemain yang beraksi bermati-matian untuk memburu kemenangan harus dipuji dan membanggakan.
Tahniah sekali lagi kepada pengurusan pasukan bola sepak Malaysia terutamanya kepada jurulatih K.Rajagopal dan para pemain. Majulah Sukan Untuk Negara.
Saya Khamarulazlan Mohamad Hanafiah. Dilahirkan pada 30 Jun 1980 di Batu Pahat, Johor. Penglibatan saya dalam pertubuhan dan persatuan belia antaranya adalah sebagai Exco Persatuan Cinta Negara Malaysia (PECINTA), Pengerusi Biro Khidmat Masyarakat PECINTA, Presiden Pertubuhan Belia Glokal WP, Timbalan Pengerusi Sekretariat BELA 1Malaysia, Timbalan YDP Pertubuhan Pembangunan Belia WPKL, Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Pembangunan Belia WPKL, Setiausaha Pertubuhan Permuafakatan Belia Cinta Pahang dan Ahli Persatuan Asrama Belia Malaysia.
Paparan medium ini adalah catatan peribadi dan ia tidak mewakili pandangan daripada mana-mana pihak. Ia adalah suara untuk saya berkongsi informasi, pandangan dan sumbangan positif kepada agama, bangsa dan negara. Harapan saya agar perkongsian suara dan idea ini, dapat melahirkan ramai anak bangsa yang berakal global dan berakar lokal.