“1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera”.
Tanggal 1 Februari 2010 adalah hari Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah gabungan 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berusia 36 tahun, Wilayah Persekutuan Labuan, 26 tahun dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berusia 9 tahun pada tahun 2010. Sambutan Hari Wilayah Persekutuan merupakan acara rasmi tahunan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Tahun ini merupakan kali keenam acara ini disambut secara bersama dengan menggabungkan ketiga-tiga Wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kuala Lumpur telah ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, seterusnya menjadi ibu negara Malaysia. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya pula ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia
Warga Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2010.