Dalam menangani permasalahan moral yang semakin meruncing, Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan terus mengorak langkah dalam penganjuran program-program yang bersifat ilmiah bagi mendidik para ramaja dan belia agar tidak terjebak dalam arus kebejatan sosial.
Terkini, Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) telah menganjurkan Program Kursus Pra Perkahwinan Smart Start pada 17hb dan 18hb April yang lalu dengan matlamat mendidik para peserta dalam membina keluarga bahagia.
Bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS, dan disertai oleh 25 pasangan dari pelbagai latarbelakang, peserta dididik dengan ilmu-ilmu kekeluargaan termasuklah maklumat pengurusan kewangan dan undang-undang kekeluargaan.
Sepanjang Kursus ini di jalankan, dua orang fasilitator berpengalaman telah dipilih oleh Lembaga Penduduk Dan Pembanguna Keluarga (LPPKN) bagi mengendalikan kursus selama dua hari ini sekaligus memastikan setiap objektif penganjurannya tercapai.