Pada 14 Jun 2010 yang lalu, Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan dengan kerjasama SPICE UIA, Sekretariat BELA 1Malaysia dan Tabung Haji telah menganjurkan Forum 'Kami Bersamamu Palestin' bertempat di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa,Gombak.
Forum tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli panel terdiri daripada En. Shamsul Akmar Musa Kamal, sukarelawan PGPO Kapal Rachel Corrie, Laksamana Pertama (B) Prof Madya Dr. Hj Sutarji Kasmin, Pensyarah UPM dan Pesara TLDM dan saya sendiri selaku aktivis belia.
Kami amat berterima kasih kepada ahli panel terutamanya En. Shamsul Akmar Musa Kamal yang telah melapangkan masa untuk hadir berkongsi pengalaman yang amat berharga semasa mengharungi detik-detik cemas ketika berhadapan tentera Israel dan terima kasih juga kepada Dr. Hj Sutarji Kasmin yang berkongsi pengalaman berkaitan strategi ketenteraan dan undang-undang laut antarabangsa.
Antara intipati forum, telah bersetuju dan sependapat mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang telah dilakukan oleh Israel dengan tindakan kejam rejim Zionis terhadap aktivis & sukarelawan yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Selain memboikot barangan Israel, kami menyeru masyarakat terutamanya golongan belia menyatakan kekesalan dengan menggunakan semua saluran yang ada terutamanya saluran media (cetak, elektronik, internet) yang ada supaya pihak Yahudi & rakyat asing dapat mengetahui betapa kita rakyat Malaysia terutamanya golongan belia di negara ini amat sedih, kesal & marah dengan tindakan zalim & ganas rejim Zionis tersebut.
Kami juga bersetuju bahawa Rejim Israel harus didakwa ke Mahkamah Keadilan Antarabgsa ICJ supaya keadilan untuk rakyat Palestin yang sudah telalu lama menderita ditindas oleh Zionis dapat dilaksanakan, selain mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNSC) supaya bantahan kecaman mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Zionis dinyatakan oleh mereka.
Kesimpulannya para tetamu yang hadir gembira dengan perkongsian ilmu serta pengalaman daripada ahli panel yang hadir dan pihak penganjur akan memastikan forum-forum sebegini tidak akan terhenti dan akan di teruskan di IPTA/IPTS yang lain. Turut hadir rakan-rakan daripada Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Shah Alam dan Belia 4B Petaling Jaya Selatan.
Saya Khamarulazlan Mohamad Hanafiah. Dilahirkan pada 30 Jun 1980 di Batu Pahat, Johor. Penglibatan saya dalam pertubuhan dan persatuan belia antaranya adalah sebagai Exco Persatuan Cinta Negara Malaysia (PECINTA), Pengerusi Biro Khidmat Masyarakat PECINTA, Presiden Pertubuhan Belia Glokal WP, Timbalan Pengerusi Sekretariat BELA 1Malaysia, Timbalan YDP Pertubuhan Pembangunan Belia WPKL, Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Pembangunan Belia WPKL, Setiausaha Pertubuhan Permuafakatan Belia Cinta Pahang dan Ahli Persatuan Asrama Belia Malaysia.
Paparan medium ini adalah catatan peribadi dan ia tidak mewakili pandangan daripada mana-mana pihak. Ia adalah suara untuk saya berkongsi informasi, pandangan dan sumbangan positif kepada agama, bangsa dan negara. Harapan saya agar perkongsian suara dan idea ini, dapat melahirkan ramai anak bangsa yang berakal global dan berakar lokal.