Saturday, November 19, 2011

Majlis Lambaian Aidiladha Anak rantau

Salam Aidiladha,

Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan telah menganjurkan satu Majlis Lambaian Aidiladha Anak Rantau di Institut Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar institut tersebut dengan disokong oleh Yayasan Darling dan Sekretariat BELA 1Malaysia.

Majlis ini dianjurkan bagi meraikan para pelajar anak rantau yang tidak dapat pulang sempena Hari Raya Aidiladha. Seramai hampir 200 orang pelajar yang telah terlibat dalam majlis tersebut yang mana telah bermula sehari sebelum menjelang hari raya. Para pelajar bergotong royong memasak menyediakan hidang.
Pihak penganjur merasakan majlis ini perlu dianjurkan pada setiap tahun bagi para pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung. Setidaknya ia mampu merapatkan hubungan sesama pelajar agar dapat meraikan sambutan bersama. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Thursday, August 4, 2011

Lupa, Terlupa atau Melupakan

Salam semua,


Indahnya rasa bila kita lupa sesuatu tetapi ada yang sudi dan akan mengingatkan, tidak kira waktu dan ketika tidak kira masa dan tempat. Mengingatkan kita, apatah lagi yang mengingatkan itu adalah orang yang kita sayangi.

Ingatan itu sangat dihargai kerana ia mampu menjadikan kita seorang `pengingat’. Sekarang ini saya kerap bertugas di sini sana. Melihat tempat orang, melihat situasi orang, melihat keadaan orang, macam macam pengalaman pahit dan manis dan dari situ saya belajar. Belajar dari pengalaman. Sesungguhnya, cendiakawan ada berkata, pengalaman adalah guru terbaik kepada seseorang bergelar manusia.

Kita tak akan mampu belajar jika kita bersendirian, pengalaman hidup sendiri tidak akan sama dengan orang lain. Kadang-kadang Kita selalu merasakan kita dalam posisi yang betul. Namun, seperti biasa kadang-kadang kita terlupa dan orang lain lebih mudah nampak kesilapan dan kesalahan kita. Saya selalu mengingatkan kepada rakan-rakan terutama kepada yang tersayang supaya agar lebih sensitif dan peka dengan kata-kata dan perasaan serta perbuatan mereka agar tidak menyinggung rasa. Ini kerana perkara terlupa atau lupa atau sengaja melupakan perlu diminimakan bagi mengelakan sesuatu yang berlaku itu menjadi sesuatu perkara yang lain.

Dalam meluahkan kata-kata, dalam memberi pandangan dan luahan rasa, kita terpaksa meletak diri kita dalam pelbagai posisi dan kondisi. Dari situ baru kita mampu beri segala kata yang boleh diterima pakai dan boleh di guna untuk menasihati dan diikuti. Sesungguhnya sekiranya kata-kata atau luahan itu ikhlas, ia pasti akan memberi impak kepada seseorang.

Apa juga kita lakukan, kita perlu diingatkan, perlu dipesan, perlu dinasihatkan kerana kita sering lupa, lupa dengan asal usul kita, lupa dengan dosa pahala, lupa di mana bumi dipijak, lupa bila kita berada di atas yang satu ketika nanti kita akan berada di bawah dan yang paling penting kita INGAT tapi kita selalu lupa ialah LUPA DENGAN PERASAAN ORANG DI SEKELILING KITA YANG KITA SAYANG.

Oleh itu sebelum bertindak, sebelum membuat keputusan dan sebelum bersuara, fikir dahulu pada siapa dan dengan siapa segalanya ditujukan. Kerana, perbuatan dan tindak- tanduk kita mungkin akan membuat mereka terluka akibat TERLUPANYA kita. Renungkan.

Tuesday, April 5, 2011

Facebook kah punca?

Salam semua,

Meskipun Facebook belum diharamkan penggunaannya di negara ini, namun laman sosial tersebut dikatakan punca beberapa kes perceraian di negeri ini. Menurut seorang Peguam syarie berkata ada beberapa kes dan ada diantara kes perceraian gara-gara Facebook.

Tanpa mengulas lanjut kes-kes terbabit, beliau berkata: “Perbuatan mendedahkan hal berkaitan rumah tangga di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja memalukan pihak lain (suami atau isteri) tetapi mampu meruntuhkan perkahwinan”. Sebab itu menurut sumber Facebook diharamkan di Timur Tengah. Perbuatan bekongsi hal-hal peribadi rumahtangga dan hubungan serta mendedahkan masalah di Facebook hanya akan memburukkan lagi masalah yang dihadapi suami isteri atau pasangan tersebut meskipun ia dianggap sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah dan mendapatkan pendapat serta perhatian.


Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka. Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka. Sebaiknya permasalah rumah tangga dan hubungan ini perlu dirujuk kepada ahli kaunseling atau pegawai Jabatan Agama Islam atau ahli keluarga.


Negara maju wujud apabila institusi keluarga bahagia dapat menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Negara yang maju akan bermula dengan keluarga bahagia. Sesebuah perkahwinan perlu dijaga seelok-eloknya agar masyarakat terus membangun dan berkembang dengan sihat dan sejahtera.

Monday, February 14, 2011

Valentine Day ?

"Valentine" adalah nama seorang paderi. namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan kerajaan islam sepanyol. paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya islam adalah zalim !!! tumbangnya kerajaan islam sepanyol dirayakan sebagai hari valentine. semoga anda semua ambil pengajaran!!! jadi.. mengapa kita ingin menyambut hari valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya islam kita di sepanyol.

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas islam. islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan allah yang maha pengasih dan penyayang. bahkan Rasulullah S.A.W. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

Thursday, November 11, 2010

Salam Haji & Hajah


Salam Semua,

Hari ini semua jemaah haji telah berkumpul di Kota Suci Makkah Al-Mukaromah. Mari kita semua mendoakan mereka yang hari ini dipanggil oleh Allah dengan kalimah Cintanya agar selamat dalam perjalanan ke Baitullah, sempurna dalam menjalankan rukun-rukun haji dan kembali dengan selamat ke tanah air dan kemudian mengaplikasikan hajinya (mamrur) hingga tiada balasan yang lebih baik kecuali Syurga, amin

Bila ya aku akan kesana???

Panggilan haji telah tiba lagi, menunaikan ibadah, panggilan Baitullah, tanah suci Makkah ya Makkahtul Mukaramah, Tanah Suci Makkah ya Makkatul Mukaromah. Begitu Qashidah yang biasa terdengar di kaca televisyen mahupun radio. Semoga dengan berdoa, ikhtiar dan mengantar jamaah haji akan menjadi jalan agar suatu saat panggilan Allah datang kepada kita, amin. Selamat kepada seluruh saudaraku yang sedang, atau mahu dan sudah menjalankan ibadah haji.

Wednesday, August 25, 2010

Malam Sentuhan Kasih Nur Ramadhan






Salam semua,

PEJABAT TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI dengan kerjasama YAYASAN DARLIN, PERTUBUHAN BELIA GLOKAL WILAYAH PERSEKUTUAN dan SEKRETARIAT BELA 1MALAYSIA telah mengadakan majlis Malam Sentuhan Kasih Di Raja Nur Ramadhan pada 24 Ogos 2010 yang lalu bertempat di Grand Ballroom Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara Kuala Lumpur.

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU NUR ZAHIRAH telah berkenan mencemar duli untuk berangkat ke majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan bantuan persiapan hari raya serta duit raya kepada 150 orang anak-anak yatim dan kurang berkemampuan untuk persiapan Aidilfitri. Turut hadir memeriahkan majlis YABHG TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJAH NORKHIAH, Isteri Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak dan YB SENATOR DATO’ DR. MASHITAH IBRAHIM, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Selain menyampaikan sumbangan, majlis ini juga memberi peluang dan kesempatan kepada 150 orang anak-anak yatim dan kurang berkemampuan ini untuk berbuka puasa bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini. Sesungguhnya apa yang kurang itu datangnya daripada kita dan yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T.

Wednesday, June 16, 2010

Forum "Kami Besamamu Palestin"





Pada 14 Jun 2010 yang lalu, Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan dengan kerjasama SPICE UIA, Sekretariat BELA 1Malaysia dan Tabung Haji telah menganjurkan Forum 'Kami Bersamamu Palestin' bertempat di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa,Gombak.

Forum tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli panel terdiri daripada En. Shamsul Akmar Musa Kamal, sukarelawan PGPO Kapal Rachel Corrie, Laksamana Pertama (B) Prof Madya Dr. Hj Sutarji Kasmin, Pensyarah UPM dan Pesara TLDM dan saya sendiri selaku aktivis belia.


Kami amat berterima kasih kepada ahli panel terutamanya En. Shamsul Akmar Musa Kamal yang telah melapangkan masa untuk hadir berkongsi pengalaman yang amat berharga semasa mengharungi detik-detik cemas ketika berhadapan tentera Israel dan terima kasih juga kepada Dr. Hj Sutarji Kasmin yang berkongsi pengalaman berkaitan strategi ketenteraan dan undang-undang laut antarabangsa.


Antara intipati forum, telah bersetuju dan sependapat mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang telah dilakukan oleh Israel dengan tindakan kejam rejim Zionis terhadap aktivis & sukarelawan yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Selain memboikot barangan Israel, kami menyeru masyarakat terutamanya golongan belia menyatakan kekesalan dengan menggunakan semua saluran yang ada terutamanya saluran media (cetak, elektronik, internet) yang ada supaya pihak Yahudi & rakyat asing dapat mengetahui betapa kita rakyat Malaysia terutamanya golongan belia di negara ini amat sedih, kesal & marah dengan tindakan zalim & ganas rejim Zionis tersebut.


Kami juga bersetuju bahawa Rejim Israel harus didakwa ke Mahkamah Keadilan Antarabgsa ICJ supaya keadilan untuk rakyat Palestin yang sudah telalu lama menderita ditindas oleh Zionis dapat dilaksanakan, selain mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UNSC) supaya bantahan kecaman mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Zionis dinyatakan oleh mereka.


Kesimpulannya para tetamu yang hadir gembira dengan perkongsian ilmu serta pengalaman daripada ahli panel yang hadir dan pihak penganjur akan memastikan forum-forum sebegini tidak akan terhenti dan akan di teruskan di IPTA/IPTS yang lain. Turut hadir rakan-rakan daripada Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Shah Alam dan Belia 4B Petaling Jaya Selatan.