Meskipun Facebook belum diharamkan penggunaannya di negara ini, namun laman sosial tersebut dikatakan punca beberapa kes perceraian di negeri ini. Menurut seorang Peguam syarie berkata ada beberapa kes dan ada diantara kes perceraian gara-gara Facebook.
Tanpa mengulas lanjut kes-kes terbabit, beliau berkata: “Perbuatan mendedahkan hal berkaitan rumah tangga di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja memalukan pihak lain (suami atau isteri) tetapi mampu meruntuhkan perkahwinan”. Sebab itu menurut sumber Facebook diharamkan di Timur Tengah. Perbuatan bekongsi hal-hal peribadi rumahtangga dan hubungan serta mendedahkan masalah di Facebook hanya akan memburukkan lagi masalah yang dihadapi suami isteri atau pasangan tersebut meskipun ia dianggap sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah dan mendapatkan pendapat serta perhatian.
Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka. Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka. Sebaiknya permasalah rumah tangga dan hubungan ini perlu dirujuk kepada ahli kaunseling atau pegawai Jabatan Agama Islam atau ahli keluarga.
Negara maju wujud apabila institusi keluarga bahagia dapat menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Negara yang maju akan bermula dengan keluarga bahagia. Sesebuah perkahwinan perlu dijaga seelok-eloknya agar masyarakat terus membangun dan berkembang dengan sihat dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment