Saturday, May 23, 2009

Bicara Anak Merdeka Siri3







Salam, berjumpa lagi,

Malam ini, Bicara Anak Merdeka siri 3 telah menjemput YBhg Datuk Abdul Rauf Yusoh, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran di luar jangkaan. Kami telah menjemput golongan yang diistilahkan sebagai "mat rempit" untuk bersama-sama membincangkan keadaan dan tanggapan masyarakat terhadap mereka dan bersama jemputan lain yang terdiri daripada rakan-rakan belia/muda daripada IPTA/IPTS dan pertubuhan belia/persatuan.

Perbincangan yang bermula dengan tenang dan lancar berkisar tentang percampuran kaum dan tentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan beberapa topik politik semasa telah diajukan. Akan tetapi perbincangan menjadi hangat apabila salah seorang "mat rempit" ini bertanyakan tentang bagaimana kerajaan boleh membantu mereka dalam membangunkan diri dalam perancangan program-program kerajaan agar mereka boleh turut-serta dan tidak dipandang negatif oleh masyarakat. Mereka ini sebenarnya sangat berminat untuk mencurah bakti bersama golongan muda yang lain untuk manfaat bersama. Bagaimana mereka hendak menabur budi jika stigma masyarakat hari ini dengan label yang negatif kepada mereka? Kita wajar membuka minda agar stigma ini dihentikan kerana di kalangan mereka ini mempunyai pekerjaan tetap dan ada yang bergelar usahawan muda. Dalam setandan pisang, tidak semuanya yang rosak.

Sekalung tahniah kepada Datuk Abdul Rauf yang berjaya menangani isu itu dengan menjawab soalan yang meyakinkan walaupun pada awalnya mengundang sedikit perbezaan pendapat. Beliau telah mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir.

Saya juga sempat bertanyakan soalan kepada speaker bagaimana hendak mencintai UMNO dalam konteks yang mudah difahami dan diterima oleh golongan muda/belia. Datuk menjawabnya dengan mudah "berkasih pada yang sudi, memberi pada yang sudi menerima dan berteduh pada pohon yang rendang". Harapan saya, apa yang kita sasarkan adalah penyatuan persamaan bukan perbezaan dan yang dicari adalah titik pertemuan, tidak kira fahaman, ideologi ataupun pangkat. Program ini telah berjaya menghimpunkan golongan street smart dan book smart untuk duduk bersama-sama dan berkongsi pendapat.

Terima kasih juga kepada Sdra. Nazif Datuk Seri Najib, anak kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut hadir dan tidak canggung beramah mesra bersama semua jemputan yang hadir. Tahniah dan terima kasih juga kepada Sdra. Rizal, YDP Pertubuhan Pembangunan Belia WPKL yang telah berjaya mengajak dan menyakinkan golongan yang diistilahkan sebagai 'mat rempit' ini untuk hadir bersama-sama.

7 comments:

  1. tahniah, good job.

    ReplyDelete
  2. tahniah..teruskan usaha..

    ReplyDelete
  3. nanti bila jemput PM, beritahu awal2 tau

    ReplyDelete
  4. keep it up....u can success..:)

    ReplyDelete
  5. tahniah.
    saya kagum bila saudara ingin menghimpunkan golongan street smart dan golongan book smart.

    secara peribadi, kesungguhan saudara itu mula menampakkan hasil. perubahan yang saudara idamkan telah saudara zahirkan. syabas dan tahniah.

    ReplyDelete
  6. selamat sejahtera, pendapat sy saudara perlu melibatkan lebih ramai lagi para belia dari semua golongan bagi merapatkan jurang & perbezaan pendapat antara mrk.

    ReplyDelete
  7. pendekatan ini yang diambil dalam aktiviti ini amat menarik dimana sikap anak muda sekarang yang kurang meminati majlis formal diambil kira. ini dapat berupaya untuk menghimpun anak-muda di satu majlis bagi menyebarkan maklumat.

    ReplyDelete