Saturday, June 13, 2009

Dato' Rosnah Majid





Salam Sejahtera,

Saya merasa teruja kerana dapat bersama YBhg Dato' Rosnah Majid, seorang tokoh, bekas wartawan wanita pertama dijemput oleh Ayatollah Khomeini - Pemimpin Revolusi Iran. Dato' Rosnah juga seorang Penganalisis Ekonomi Antarabangsa & Konsulat Pelaburan Asing (USA) ke Malaysia dan juga Bekas EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Malam itu topik perbincangan bertajuk "Halatuju, Cabaran & Masa Depan Ekonomi Belia Melayu". Speaker memberitahu masalah dan peluang dalam perniagaan adalah diri sendiri kerana diri kitalah yang mahu atau tidak untuk merebut peluang untuk berjaya. Peluang sangat luas di luar dan kita yang perlu bekerja kuat untuk merebutnya.

Speaker menyarankan kami untuk banyakan membaca, menimba ilmu dan berkawan untuk berjaya. Dengan pengalaman yang dikongsi bersama speaker telah memberikan kami semangat dan sedikit ilmu untuk kami berfikir menceburi dan memilih bidang perniagaan atau keusahawanan sebagai kerjaya.

Apapun malam itu adalah malam yang telah memberikan pengalaman yang bermakna pada kami. terima kasih YBhg Dato' Rosnah Majid.

2 comments:

  1. wah kagum. tahniah. saya sokong komentar saudara. pokok pangkalnya adalah diri kita, mahu atau tidak untuk berenang lautan perniagaan.
    tidak dinafikan peluang banyak untuk direbut terutama kepada bumiputera tetapi bagaimana nak tahu yang peluang itu adalah yang sepatutnya kita rebut? mungkin inilah namanya risiko kan.

    melayu terutamanya susah nak maintain dalam perniagaan sebab tak sabar menghadapi gelora, yang mereka tahu nak kaya cepat. tak nak susah sikit. macam mana nak melahirkan melayu yang berdaya-tahan ye?

    ReplyDelete