Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konsep 1Malaysia bukan satu dasar yang tetap sebaliknya boleh mengalami evolusi dan menerima input-input baru dari semasa ke semasa.
Menurut Perdana Menteri, proses penambahbaikan nilai-nilai murni ke atas dasar itu boleh berlaku mengikut peredaran waktu.
'Nilai-nilai murni dalam 1Malaysia berasaskan saling hormat menghormati, merendah diri dan bersederhana iaitu tidak ekstrem serta bijaksana.
''Sesuai dengan masa yang dilalui, kita boleh memperbaiki nilai-nilai aspirasi itu," katanya.
Beliau berucap pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Sri Satria di sini hari ini.
Najib menjelaskan, konsep 1Malaysia sebenarnya menekankan kepada sikap penerimaan rakyat terhadap kepelbagaian kaum, budaya dan agama yang terdapat di negara ini.
''Selain setakat bertoleransi, sikap menerima (kepelbagaian) adalah konsep yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata, konsep penerimaan itu boleh menjadi suatu kekuatan strategik kepada Malaysia iaitu sebagai pintu masuk untuk mengembangkan ekonomi dan sektor pelancongan.
''Ini juga sesuai untuk dakwah iaitu memperlihatkan Malaysia sebagai negara yang mengamal Islam tetapi pada masa yang sama menerima dan menghormati orang lain," katanya.
Najib yang juga Penaung Bakti bagaimanapun mengingatkan bahawa konsep 1Malaysia tidak lari daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.
''1Malaysia mengiktiraf Perlembagaan dan bukannya seperti pembangkang dengan konsep Malaysian Malaysia yang tidak berpaksi kepada Perlembagaan," tegas beliau.
Selain itu beliau menjelaskan, teras ketiga 1Malaysia pula berasaskan kepada keadilan sosial iaitu memastikan kerajaan berlaku adil kepada semua kaum.
''Kita mesti berlaku adil kepada semua pihak, kalau masyarakat miskin perlukan bantuan, kita perlu membantu mereka.
''Kalau anak-anak mempunyai pencapaian tinggi, bagi melanjutkan pelajaran, bukan sahaja mereka yang tidak mampu malah ada yang bergaji RM10,000 sebulan turut berasa tertekan," katanya.
Kata beliau: ''Ini (menerusi 1Malaysia) kita adakan bajet yang bersesuaian manakala mereka di luar bandar pula diberikan kelonggaran dengan mengambil kira latar belakang mereka."
sumber Utusan Malaysia 08 Julai 2009/15 Rejab 1430
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sekarang ni ramai sangat bijak pandai yang mula mempertikaikan hak-hak bumi. macam mana nak 1 Malaysia kalau sejarah pun masih buta. susah sangat ke nak menghormati perlembagaan? mengapa mesti mempersoalkan kewajarannya?
ReplyDeletesaya bukan racist tapi kalau mewar-warkan bahawa diri tu open minded, punya toleransi, mengapa tidak dibuktikan dengan sikap & tingkah-laku?
idea yang cukup molek dan implimentasi terhadap janji yang telah dikotakan. walaupun baru berumur 100 hari. tetapi malangnya pengembangan idea,percambahan matlamat,penerimaan yang sering disempitkan serta disalahtafsir oleh individu menyebabkan gagasan ini masih kurang memberikan impak yang kuat terhadap perjuangan kita semua. mungkin kita perlu tingkatkan segala kudrat serta mengimplimenasikan segala yang telah dikata tanpa mengenal agama, parti, bangsa serta warna kulit demi survivaliti bangsa kite dan bangsa malaysia. syabas kepada semua....
ReplyDeletesalam jauh dari antartuk universiti, ezerum turki