Terima Kasih kepada kerajaan kerana peka kepada masalah rakyat dan sedia mengambil inisiatif mengkaji mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh rakyat untuk pengangkutan termasuk mengenakan kadar tol yang tidak membebankan.
Perdana Menteri telah mengumumkan untuk memberikan diskaun 20% kadar tol kepada pengguna SmartTag dan Touch ‘n Go yang menggunakannya 80 kali sebulan mulai 1 September ini. Perkara ini bertepatan dengan suasana masyarakat sekarang yang banyak menggunakan kenderaan persendirian mereka terutama warga kota. yang boleh dikatakan lebih 2 juta kenderaan dalam bandaraya Kuala Lumpur pada waktu puncak.
Selain mengurangkan perbelanjaan rakyat, kerajaan juga akan memberikan tumpuan bagi meningkatkan gaji bulanan penduduk negara ini yang disifatkan masih rendah khususnya di kalangan masyarakat luar bandar supaya mereka tidak terpinggir. Pengumuman ini telah dibuat sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri.
Apapun usaha kerajaan dalam memberikan sedikit keselesaan dan membantu meringankan bebanan rakyat amat dialu-alukan dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu masa kini. Semoga usaha ini peroleh kejayaaan.
bagus la. saya menganggap ia sebagai hadiah untuk rakyat yang meraikan 100 hari kepimpinan DSN. itu pun yang peliknya masih ada yang tidak mensyukuri nikmat bernaung di bawah pentadbiran kerajaan.
ReplyDeletee.g di M.U. 65 org tu masih buta untuk menilai. bekalan air bersih yang masih menjadi isu, dibiarkan je. patut la ketegak semcm...
Sekiranya apa yg dirancang kerajaan ini dapat membantu rakyat spt kata PM rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan..Alhamdulillah.
ReplyDeleteutk yg gune 80 kali baru dpt diskaun?
ReplyDeleteadil ke tu utk rakyat yg gune 60 -62 kali sebulan... pegi n balik keje
xkan la nak membazir keluar masuk tol lagik 20 kali semate2 utk dapatkan diskaun 20%?
akal mane la korang nih?
cube explain la kalau boleh...