Semalam 29 Mei 2010, Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan telah dijemput untuk menghadiri perasmian penutup Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPN).Perdana Menteri hadir untuk makan malam bersama lebih 2,000 wakil 126 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Beberapa perkara telah dibahaskankan oleh YAB Perdana Menteri terutamanya berkenaan Model Baru Ekonomi (MBE) dan serentak dengan itu beliau memberi jaminan kerajaan tidak sekali-kali akan mengabaikan kepentingan Melayu baik secara tersurat maupun secara tersirat dalam apa jua dasarnya.
Beliau berkata sebagai anak kepada pengasas Dasar Ekonomi Baru iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, tidak mungkin beliau akan mengkhianati perjuangan bapanya. Katanya MBE yang bakal dilaksanakan perlulah diterima pasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.
YAB Perdana Menteri berkata beliau juga ingin melihat MBE tidak akan mengetepikan agenda Melayu, malah akan mencari pendekatan yang lebih dinamik dan menjanjikan hasil yang lebih besar. Beliau menjelaskan kerajaan perlu merumuskan satu pendekatan baru kerana tidak mahu sesetengah cara lama yang tidak memberi kesan kepada kepentingan Melayu diteruskan dan antara sebab utama kegagalan mencapai hasrat yang ditetapkan oleh DEB ialah ketirisan keterlaluan yang berlaku contohnya mengenai kontrak dan pemberian saham kepada orang Melayu yang kemudiannya ‘dijual’.
Katanya ini sesuatu fenomena yang diketahui umum. "Saya harap tidak ada sesiapa yang yang sangsi dan khuatir bahawa saya tak akan mendengar isi hati orang Melayu. Tak mungkin saya sebagai Presiden UMNO tidak mengambil kira kehendak Melayu sebagai majoriti rakyat Malaysia," katanya.
Beliau menegaskan jangan disamakan slogan 1 Malaysia yang dipeloporinya dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Beliau akan memastikan orang Melayu mampu bersaing di peringkat dunia tanpa mengabaikan bangsa lain yang turut berperanan membantu kesejahteraan negara. "Islam mengajar kita agar berlaku adil bukan hanya kepada sesama sendiri (Islam) tetapi turut perlu berlaku adil kepada bangsa lain". "UMNO mampu bertahan sehingga kini ialah kerana kita berlaku adil kepada bangsa lain," katanya.
Dewan Merdewa PWTC semalam gemuruh dengan para hadirin telah memberi tepukan gemuruh dean laungan ‘ Hidup Melayu’ 'Hidup UMNO' sejurus beliau mengakhir ucapan dan saya terasa satu kebangkitan bangsa Melayu kembali subur dan mekar untuk bersaing dalam arus globalisasi masa kini.
No comments:
Post a Comment