Salam Semua, Pada 26 Mei 2010 Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan telah melancarkan SEKRETARIAT BELA 1MALAYSIA bertempat di Dataran Perbadanan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang Selangor.
Pelancaran sekretariat ini bertujuan menjadi wadah dan wahana dalam membela dan memperkasakan golongan muda tidak kira status dan bangsa disamping memastikan setiap lapisan golongan muda mempunyai peluang dan keupayaan bagi menikmati kecemerlangan di bumi Malaysia ini. SEKRETARIAT BELA 1MALAYSIA juga berperanan mengenal pasti setiap jurang pendidikan, kebajikan, kesihatan serta sahsiah dan pembangunan kendiri yang perlu dirapat dan diperjuangkan supaya akses, ekuiti dan kualiti golongan muda ini dapat di pertingkatkan.
Sekretariat ini juga telah melantik beberapa golongan terdiri daripada tokoh akedemik, golongan profesional dan aktivis masyarakat. Antara panel penasihat yang telah dilantik ialah YBhg Datuk Prof. Dr. Hajah Ramlah Adam Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBhg Prof Dr. Muhammad Uthman El Muhammady Fellow Kehormat ISTAC, YBhg En. Mahyidin Mustakim Ketua Pengarah FINAS dan YBhg En. Fahrin Ahmad Artis/ Pelakon yang telah dilantik sebagai penasihat sekaligus menjadi IKON untuk sekretariat tersebut.
Menurut Pengerusi SEKRETARIAT BELA 1MALAYSIA merangkap Setiausaha Politik Y.A.B Perdana Menteri, En. Suffian Awang “ Sekretariat ini dilancarkan untuk membentuk generasi muda berjiwa sukarela bagi melahirkan sukarelawan muda sejajar dengan saranan Y.A.B Perdana Menteri untuk melahirkan golongan muda prihatin kearah memperkukuh sistem nilai hidup sekaligus merapatkan ukhuwah sesama mereka agar dapat membentuk sebuah masyarakat pewaris yang harmonis dan ini sesuai dengan keperluan semasa dan relevan untuk golongan muda “.
Menurutnya lagi, sekretariat yang telah dilancarkan ini akan memfokuskan aspek Pendidikan, Kebajikan, Kesihatan serta Sosial dan Sahsiah Diri yang akan dirapat dan diperjuangkan supaya akses,ekuiti dan kualiti golongan muda ini dapat di pertingkatkan. Dengan adanya secretariat ini juga diharapkan dapat mewujudkan dimensi baru dalam aspek perlindungan hak-hak dan isu-isu bagi melahirkan generasi pewaris negara yang pragmatik, berktrampilan serta kondusif.
Pelancaran sekteratiat ini dilancarkan sendiri oleh Pengerusi SEKRETARIAT BELA 1MALAYSIA merangkap Setiausaha Politik Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ,YBhg En. Suffian Awang. Antara panel penasihat sekretariat yang turut hadir ialah YBhg En. Mahyidin Mustakim Ketua Pengarah FINAS, YBhg Prof Dr. Muhammad Uthman El Muhammady Fellow Kehormat ISTAC, YM Tengku Dr. Naufal Tengku Mansor Peguamcara Dan Peguambela & Jurulatih Bebas, YBhg Professor Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan YBhg En. Fahrin Ahmad Artis/ Pelakon terkenal tanah air serta YBhg Puan Hasspalela Haji Mohhamed Hassan dan YBhg En. Shahrul Eksan Osman selaku Penasihat Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan.
Pihak sekretariat berharap isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal muda dapat ditangani melalui kaedah fasilitatif dan konsultansi dengan pihak-pihak berwajib bagi memastikan setiap isu berbangkit berkaitan golongan ini dapat diselesaikan dengan efektif.

No comments:
Post a Comment