Salam semua,
20 Januari 2010, Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Institut Profesional Baitulmal telah menganjurkan Forum Isu-isu semasa bertajuk Agama, Perpaduan dan Keharmonian Masyarakat bertempat di Dewan Institut Kemahiran Baitulmal Kuala Lumpur.
Program ini yang mensasarkan golongan belia dan mahasiswa bertujuan memperjuangkan dan membincangkan secara terus dan telus isu-isu semasa khususnya yang berkaitan Agama dalam kehidupan di Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama. Forum ini menyediakan wadah perbincangan yang matang bagi para belia dan mahasiswa mengutarakan pendapat, kemusykilan dan soalan.
Forum ini juga bertujuan membincangkan dan menyalurkan maklumat berkenaan isu semasa dengan lebih tepat dan sahih agar tidak mengelirukan golongan muda dan mahasiswa demi memelihara perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia yang telah kekal sekian lama.
Program ini bukanlah untuk menaikan sentimen atau menghangatkan lagi suasana dan sesuatu isu tetapi sebagai tempat dan lidah penyambung kepada golongan belia mengetahui dengan lebih tepat sesuatu isu dan juga mewujudkan pemikiran positif dan rasional terhadap diri mereka.
Ahli panel terdiri daripada Prof Dr. Muhammad Uthman El Muhammady, Fellow Kehormat ISTAC, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Ahli Akademik Terkenal dan Prof Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz, Pensyarah Undang-Undang UIAM. saudara Izwan Malik selaku moderator merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan Belia Glokal Wilayah Persekutuan berjaya membawa forum ini kearah perbincangan yang menarik. Tahniah.
Terima kasih juga kepada kekanda saya yang telah meluangkan masa turut hadir memeriahkan lagi majlis, saudara Jais Karim, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan, saudara Muammar Gadafi Datuk Wira Jamaluddin, Presiden Belia 4B Malaysia serta saudara Zulfakar Jaafar Pegawai Pembangunan Pelajar Institut Profesional Baitulmal.
saya berharap dengan penganjuran forum ini dapat membantu masyarakat terutamanya golongan belia dan mahasiswa untuk memahami tentang isu-isu semasa yang berlaku di dalam Negara, memberi maklumat secara terus daripada mereka yang diiktiraf.

Terima kasih kepada Institut Profesional Baitulmal, Institut Kemahiran Baitulmal dan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan forum tersebut.
No comments:
Post a Comment